Daily Archives: 24/05/2009

ini cerita pasal seorang makcik.

aku tahun ni menjarakkan siri dari menonton rancangan realiti tv.

af ke,raja lawak ke,one in a million ke,geangstars ke,american idol ke,whatsoever.

malas gila bai nak tengok tahun ni.sebab macam sama jek.

tapi,semenjak tomok menang sejuta.entah cemana aku terkorek cerita pasal susan boyle.

pernah dengar?tengok ni.

menurut yang pernah aku baca:

makcik ni naik pentas pakai macam nak pegi pasar.sekali nyanyi,hambik ko.”

makcik ni muda 8 tahun je dari mak aku.

so,kepada semua.

jangan ingat orang pakai baju kaler tak cantik,rambut beruban semua nak gi pasar.

orang tengok dari mata hati,bukan tengok dari mata burung.

kepada semua manusia yang suka pandang rendah pada orang lain,sila terjun sungai.

kepada yang suka perasan bagus,sila terjun lombong.

ini bukan tentang dia menyanyi bagus.

ini tentang tidak putus asa.

ini tentang yakin dengan diri sendiri.

ini tentang perlunya menilai orang melalui kualiti diri.

ini tentang hormat pada orang lain.

ini tentang makcik tua yang selamba kodok dan tidak peduli apa orang kata.

kepada aku dan semua,

bukak mata,bukak telinga,bukak hati,guna otak,ok.

*sengih suka*

4 Comments

Filed under learn, umum kah?