Category Archives: aku lah!

ei ape daa lupaa

_DSC4631ini anak aku yang namanya nur damia bt muhammad qiyam

berumur 5 bulan 4 hari,dia pandai meniarap sendiri pada hari bapa iaitu 20 jun 2009

aku gembiralah,dah tentula kan..mana-mana ibu pun konfem akan gembira.

(kalau nak tengok lagi,klik sini)

almaklum sudah,untuk aku update blog ni dengan kadar yang kerap,mungkin susah sikit buat masa ni sebab komitmen hidup aku buat masa ni amat banyak memerlukan masa dan amat sukar untuk aku cari masa lapang nak on kan laptop,on internet, login wordpress, cari kata-kata nak tulis dalam blog ni dan publish entri yang akan ambik masa at least setengah jam kalau aku terer.haha.

jadi aku hanya akan bercerita apa yang aku boleh fikir on the spot buat masa ni.haa.

anak aku tengah tidur kat sebelah.suami aku gi keluar duit kat bank jap.aku belum mandi.

haha.sekarang dah 8.45 pm.adoi.

ni je masa yang aku ada untuk aku tulis blog ni,atau aku taktau bila pulak akan aku update blog ni.

*blank*

sebnarnya semalam aku ada terfikir apa yang aku nak tulis.

tapi aku dah lupa.

petang tadi aku tengok cerita american gangsters.

cerita banyak cakap tapi aku berjaya layan sampai habis.unrated version ok.haaaa..

sekarang suami aku ada kat sebelah dah balik dan tengah tengok aku menaip blog ni.

jadi lagi aku blank nak tulis apa.

kejap lagi aku nak kene siapkan makan malam.lepas tu nak gosok baju.lepas tu maybe biasanya damia bangun untuk menyusu sebelum tidur semula.hee.

sebenarnya,aku masih tengah nak ingatkan apa yang aku nak tulis sebenarnya.

*adoi*

*tensi*

apa sebenarnya yang aku nak tulis semalam?

*argh*

lupakan saja sampai aku ingat semula.

ini semua coretan spontan yang berjalan dalam otak akubuat masa ni.

mungkin semalam aku teringat nak tulis tentang politik semasa.haha.serius.tak percaya?hee.

seriously,aku ada masalah short term memory lost.*adoi*

oo.sebenarnya.hari ni aku dah plan nak keluar gi jenjalan abiskan masa.nak kuar duit.nak gi anta gambar damia untuk print dan masukkan dalam album aku yang masih kosong semenjak anak aku lahir 5 bulan lepas.

tapi memandangkan aku layan cerita american gangsters tu dah sampai pukul enam,tak keluarlah.

american gangsters –cerita based on cerita sebenar tentang frank lucas yang edar dadah,kena tangkap,pastu bebas.juga tentang richie,si polis yang tangkap dia untuk dapatkan penyangak2 lain.haa.best-best.sila search dalam wikipedia kalau nak tau frank lucas tu real ke tak sebab aku pun belum buat kajian aku lagi.

sebab tak jadi keluar,dah nak maghrib.

jadi,soalan aku adalah.

SESIAPA TAU DI MANA KEDAI PHOTO PRINTING YANG CANTIK DAN HARGA BERPATUTAN DI SEREMBAN NI?

tolongla aku sebab aku taktau mana tempat yang kualiti gambarnya cantik

sebab selama ni ambik gambar duk biar dalam laptop.haha.tulah masalah guna kamera digital ni.hehe.

terima kasih.

hee.

MORAL :

sila cetak gambar-gambar yang anda ambil sejurus selepas gambar diambil sebelum gambar-gambar tu dilupakan untuk dijadikan memori tampak.

NOTAKAKI:

(kredit to suamiku,qiyam yang ambik gambar damia kat atas.kalau ada sesiapa yang nak buat family portrait ke kids portraiture ke,sila lah hubungi kami orite πŸ™‚

Leave a comment

Filed under aku lah!, klik klik kamera!

lama siot!

hmm..untuk pembaca yang setia.

maaflah

lama gila tak update nih.

ni pun bila tersempat di kala yang sepatutnya tak sempat.

adalah sekali updata 3 entri,haha.buleh camtu?

tapi aku try as kerap yang boleh untuk updatelah ok.

konon-konon sibuk dengan tugasan pejabat & sebagai ibulah kot.

lagikpun kat office dah takde net ok. (haah?)

haha.but i am seriously busy when at home.

haha.tolonglah percaya ok. πŸ˜›

terima kasih sebab still membaca,okeh πŸ™‚

and keep on reading!!

photography,pss..i’m back in slow condition,haha.

tengok sue anna joe kat tv!huh..jeles!

kena aktif semula dalam fotografi!!

alamak.kene gi hasilkan bekalan susu damia.

bye! πŸ˜›

Leave a comment

Filed under aku lah!

teng teng

aru-baru ni,kitorang duk bersembang.
bersembang tentang kebodohan di masa remaja.
paling best,
bersembang pasal permainan di zaman kitorang yang taktau budak-budak zaman sekarang main lagi tak?

so,aku nak tanya..aku musykil budak-budak sekarang tau lagi tak main benda-benda ni macam kitorang dulu.

atau korang hanya tau main PS2?

haha…

galah panjang

tok harimau

batu seremban

teng-teng

konda kondi

guli

rounders

daun snap ke donkey ke

baling selipar

pijak bayang

pondok-pondok

kawin-kawin

masak-masak guna daun

cop tiang

sembunyi-sembunyi

congkak

air,api,darat

nama,negeri,buah,binatang,benda – ini game ilmiah ni beb

lompat getah

lupa dah yang lain-lain

banyak lagik sebenarnya

aku tau budak-budak kat kampung lagi ‘adventure’

ni aku yang duk bandar.

kalau sekarang,aku percaya budak kampung still gempak bab main-main gini.

lagi banyak game dari yang aku tau.

mandi sungai lagik..huh,best tuh!

tapi budak bandar..macam lama je tak nampak budak main teng-teng?

hee hee.

rindu beb nak main benda-benda ni.

moral : aku nak buat team rounders.jom.haha.

2 Comments

Filed under aku lah!, permainan zaman kanak-kanak

asyik-asyik kerja je.lain tak ada ke?

hmm.tekanan.
lama tidak meng ‘atas tarikh’ kan blog ni.
semenjak ‘pemacu internet tanpa wayar’ itu dicabut dari kotak maklumat hitam segi empat tepat
yang banyak cerita di dalamnya ni,seminggu setengah yang lalu.

semenjak pelbagai cerita yang muncul di pejabat,aku bosan.

semenjak itu juga,otak aku kering dengan idea untuk menulis.

semenjak itu juga,semua orang yang aku tau makin bosan menghasilkan keringat untuk mendapatkan
ringgit malaysia bulanan yang dijanjikan.
tapi kita kan manusia yang makan gaji.
jadi,usaha perlu diteruskan untuk mendapatkan nasi yang halal untuk disuap ke mulut
keluarga yang sentiasa bersama.
itulah yang semua orang akui.
bosan bosan pun,keringat harus dihasilkan.

lalu,aku pula hasilkan tulisan ini ketika aku berasa sudah sampai masa untuk aku menulis.
buku yang sepatutnya dah lama aku baca,sekarang baru aku baca.
fotografi yang dah lama aku tinggalkan telah aku mulakan kembali.
anak aku nur damia semakin membesar.
oo!!
untuk pengetahuan semua,pejabat aku dah ada sistem ‘tekan keluar kad’ ok.
kebaikannnya,aku tak tidurlepas solat subuh sebab nak selesaikan semua perkara yang perlu
untuk ke taska dan pejabat.
semenjak itu jugak,aku tau tanggungjawab aku banyak dan perlu aku uruskan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

adoi,masalahnya,aku mula bosan menjalani kehidupan kerja yang penuh protokol.
aku mahu jalani kehidupan kerja yang lebih santai,lebih bebas tanpa kongkongan.
aku mahu jalankan tanggungjawab aku dengan baik,tanpa rasa terpaksa.

jadi,yang aku tau,aku hanya perlu teruskan saja kehidupan kerja ini dengan cara aku.

aku tak peduli.aku memang tak mahu peduli.aku saja tak mahu peduli.

haha.

itu lebih baik.

dan sekarang aku lebih gembira dengan cara aku menguruskan kerja aku yang asyik ada kejutan.

hidup aku juga lebih indah.

haha.

jujur,aku suka juga dengan hikmah di sebalik semua yang terjadi di pejabat aku ini.

haahaa.

moral : cuba terjemahkan kehidupan anda dalam bahasa kebangsaan.bahasa itu indah.

1 Comment

Filed under aku lah!, bosan, kerja

mengantuk,huruf besar,fynn jamal,damia dan mempelam.

ini tajuk entri terpanjang pernah aku buat.

hari ni aku ngantuk. gila babas punya ngantuk.

kat ofis.

buat kerja.

minum susu.

makan supplement.

ngantuk lagi.

buat kerja.

tengok jam.

ngantuk lagi.

huh.

bosan.

aku tak suka huruf besar.

kenapa ek?

sebab tu aku suka fynn jamal.

haha.

gila ngantuk.

ini tulisan tiada arah namanya.

tapi nampak kah kaitan mengantuk,huruf besar & fynn jamal?

bila mengantuk,teringat blog.bila tulis blog,teringat blog fynn jamal.bila teringat fynn jamal,teringat bahasa dia yang bagus.bila teringat bahasa dia yang bagus,teringat penulisan dia.bila teringat penulisan dia,teringat dia kata dia tak suka huruf besar.

ke mana arah penulisan aku kali ni?

aku pun tak tau.

yang pasti aku cuma nak hilangkan rasa mengantuk aku.

dan berjaya sedikitlah.

tapi masih mengantuk.

aduh,tolong.

dahlah kepala sakit pagi tadi.

lepas telan panadol.ok sikit.

sekarang isunya,aku masih mengantuk.

mungkin aku belum ada idea untuk nak blog tentang apa-apa.buntu.kesian jugak kat blog anak aku.

tapi aku pasti idea akan ada.setiap tulisan itu ada maknanya.

kononnya salahkan masa.hehe.tipu semata-mata.

mungkin perlu pertolongan ayah nak update blog.

tapi aku yang tak mencari masa itu.pasti terselit walau setengah jam.

adeh.

maaf damia,ibu update blog damia nanti k!

hah.apakah?

hehe.

tiba-tiba pakcik baharin datang.

hulur mempelam.

huh!kaw!sodap.

hilang mengantuk.

terima kasih.

tulisan dan cerita.

itu entri kali ni.

*keh keh keh*

Leave a comment

Filed under aku lah!, bosan, kah kah kah, mengarut, umum kah?

haa..kan dah kata dah..

haha.

bos aku akan kuarkan memo.

untuk semua stafnya yang berkenaan.

untuk sesiapa yang terasa pedas,sila minum air untuk hilangkan kepedasan yang dirasa.

1. no more internet usage,kecuali untuk orang-orang yang dipercayai.

2. no more use ofΒ  headphone while office hours.

3. akan susun atur semula layout kerja di ofis, untuk make sure takde sape buat kerja nyorok-nyorok.

ok.

aku takde hal.

aku kan kering.haha.

i am fine with that.

tapi satu je.

tukar layout tuh.

aku takmo ngadap dinding ok.

buat design ngadap dinding?biar betul baii..nanti design aku jadi dinding la banyak weh.

aku akan mengadap tingkap.

so,internet,sumber ilmiahku,facebook,ym,blog..sayonara during office hours!haha..

tulah korang..kan dah kena? πŸ˜›

moral : sentiasa pastikan kerja anda siap pada masa yang diminta oleh bos ok.

& jangan main ym waktu kerja. πŸ˜›

4 Comments

Filed under aku lah!, kah kah kah, kerja

bila kah ?

selamat hari guru!

aku malas kat ofis.

sempat buat kad on behalf anak & anak-anak buah untuk majlis hari guru kat taska esok.

πŸ˜›

aku tak bolehla attend.keje okee..hee.pass kat cikgu jelah.

OOO!

SELAMAT HARI GURU!!

UNTUK MAK,UNTUK CIKGU-CIKGU SEKOLAH RENDAH CONVENT SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH CONVENT SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH PUTERI SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR,LECTURER DIPLOMA SENIBINA UiTM SERI ISKANDAR & LECTURER BACHELOR SENIBINA UiTM SHAH ALAM.

ARIGATO NEEE!!

hmm.

aku kene start balik aktiviti meng’shoot‘ gambar.

lama sangat dah ni.

kamera sihat.

flickr dah berhabuk.

klik! klik!

bila kah?

apa kah?

rindu klik klik!!

idea,datang ke otak ku!sekarang!!

😦

*note :

*oo..kepada sesiapa yang nak buat kad kahwin ke,kad birthday ke,kad hari bapa ke,papelah.. jenis ucapan atas kad yang nak custom design,bolehlah bercerita dan contact aku kalau berminat nak aku tolong buatkan πŸ˜› design-design yang aku buat cuma keluar sekali je untuk penggunaan,hee..di atas tu contoh kad hari guru sempoi saja..copyright limited ok πŸ˜›

kalu berminat nak sembang ke nak becerita ke nak buat kad ke, email aku : aqie_ism@yahoo.com orite!

(sempat promote?hehehe) πŸ˜€

.qiyam.aqie.damia.

q : http://matahati81.blogspot.com  
a : https://aqie.wordpress.com
d : http://nurdamia.wordpress.com

3 Comments

Filed under aku lah!, klik klik kamera!, luluh

hari ni hari jumaat

hari ni hari jumaat

banyak benda rasa nak buat

nak tido..rasa nak gi jalan..nak gi makan-makan..nak gi lepak-lepak..nak shopping..nak tengok wayang..nak makan waffle..nak makan corn in cup..nak gi dating dengan qiyam ..nak gi beli hadiah untuk fara yang baru dapat baby boy..nak gi melawat dia..nak baca buku ‘remember me’ by sophie kinsella..nak baca buku ‘tuesday with morrie’..nak baca buku ‘about a boy’..nak baca buku ‘letter for sam’..

*argk!banyak gila belum baca siot!*

nak shoot gambar..lama gila tak amik gambar since dpt damia..i miss playing with my nikon!huu..nak layan lagu..lagu yuna..lagu mocca..lagu nitrus..nak cari dvd movie baru..nak tengok tv..nak main playmat dengan damia..nak gi launch itudio studio by sue anna joe kat kelana jaya..nak gi midvalley..nak lepak kat rumah jugak..nak makan aiskrim..nak bayar hutang..nak bayar bil..nak bayar ptptn..nak gi jumpa aunty rosna yangΒ  jadik ejen insuran tapi tak penah jumpa cuma sembang dalam tepon..nak gi jalan kl..nak ajak satu family gi rehat kat memana..nak gi sabah..nak jumpa & lepak dengan kawan-kawan baru ke,kawan-kawan lama lagik nak..nak reunion kawan sekolah..nak reunion kawan itm..nak travel mcm backpackers..nak beli lens best-best..nak tolong mak abah..nak balik arau..nak balik sg petani..nak jadi cikgu taska..nak bukak bisnes sendiri..nak beli earphone..nak tolong orang..nak join aktiviti kebajikan..nak melukis..nak bukak galeri..

wishlist spontan kat kepala otak.

banyak tu.ada yang boleh buat.ada yang mustahil buat masa tedekat ni.ada yang takleh buat.ada yang angan-angan.ada yang memang nak sangat.

tetiba rasa ada lagi banyak nak tulis.about ‘ nak ‘.

tapi ngantuk pulak.

baaii.

2 Comments

Filed under aku lah!, bosan, mengarut, wishlist

*damn*

dalam dunia aku

ORANG INI terlalu berharap

sedangkan haram hapah pun tak nampak dari ORANG ITU

tapi ORANG INI masih juga berharap

sedangkan ORANG ITU terus seronok memijak dan menikam

itu lah MEREKA dalam dunia aku

tapi AKU

bila terasa macam jadi hamba

selalunya bila

buat kerja bodoh untuk orang yang entah siapa-siapa

perlu ke macam ni?

tapi macam inilah dunia kerja aku di malaysia

huh..

dunia aku terlalu ramai dengan ORANG INI dan ORANG ITU yang suka membolehkan benda yang entah apa-apa

ORANG INI suka berjanji

hanya untuk membuatkan ORANG ITU gembira

yang bahananya

AKU dan golongan AKU

bukan AKU tak faham

AKU faham

sangat-sangat faham

tapi sekarang

sudah tahap AKU benci

sedangkan ORANG ITU

hanya tamak mahukan sesuatu yang belum pasti apa jadinya

dan ORANG INI pula masih terus terkejar-kejar ORANG ITU yang entah apa-apa janjinya

ini kisah ORANG ITU, ORANG INI dan AKU

*damn*

Leave a comment

Filed under aku lah!, kerja

sekali lagi..

semalam,pulang dari langkawi..

alhamdulillah..

tapi

hari ini

sekali lagi

hanya mahu menangis

terasa diri amat lemah

sebagai manusia

sebagai perempuan

sebagai isteri

sebagai ibu

Ya Allah..

sekali lagi

bantulah aku..kuatkan aku..

sekali lagi

aku terasa seperti tin kosong yang hanyut dalam parit besar di tengah kota..

sebaik mana ingin aku lakukan

semakin banyak yang perlu aku tempuh..

sekali lagi

aku tahu Engkau sedang menguji..

sejauh mana ingatan aku pada Mu..

sekali lagi

aku akur

aku ingat

namun

sekali lagi

aku tetap lalai

tetap kalah

tetap rebah

aku luluh

setiap kali itu

aku pohon pada Engkau

akan segala kekuatan yang aku perlukan

aku akur

aku berdosa

Ya Allah..

Engkaulah satu-satunya..

ampunkan aku

peliharakan kehidupanku..

peliharakan semua yang terkandung di dalamnya..

bantu aku

untuk sentiasa sedar kembali

untuk sentiasa bangkit semula

setiap kali itu

ketika aku rebah

HARUS

bangkit kembali..

sekali lagi..

Leave a comment

Filed under aku lah!, luluh