Category Archives: pengajaran

sedih itu manis.

sekarang 1.13 pagi.

aku menangis tidak berhenti sejak pukul 12 malam tadi.

bukan sebab bergaduh.

tapi sebab baca blog seorang ibu yang kehilangan anaknya yang lebih disayangi Allah yang Maha Kuasa.

http://supermom0978.blogspot.com/

sesungguhnya kamu akan ketemu kesayangan kamu itu di syurga bila sampai masanya nanti,insyaAllah.

untuk semua ibu yang kehilangan, aku doakan kamu menjadi ibu yang paling kuat dan tabah dalam dunia.

sesungguhnya Allah turunkan ujian bagi mereka yang mampu menerimanya.

aku tak mampu membayangkan aku di tempat kamu.

tapi aku faham kesedihan yang kamu alami.

jika tidak, masakan aku boleh menangis hanya kerana membaca.

kerana aku sendiri tidak pasti aku mampu menanggungnya kalau aku di tempat kamu.

sebab aku juga seorang ibu.

setiap anak yang dikurniakan, tidak ternilai kasih sayang yang ingin kita berikan sebagai ibu bapa.

tapi, kesedihan yang kamu alami itu dijanjikan kemanisan dariNYA.

insyaAllah.

– Al-Fatihah buat semua si kecil yang meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang suci.

ada satu pesan aku.

buat semua ibu yang tidak mahukan anak kamu,fikirkanlah apa yang kamu lakukan.

kamu hanya akan membunuh satu jiwa yang amat suci, amanah dari Allah.

fikirlah sebelum tersalah langkah.

kerana kalau salah langkah kamu, tunggulah kamu di hari pembalasan, anak kamu akan menunggu.

insyaAllah.

Leave a comment

Filed under kasih sayang, pengajaran, penghargaan

ei kawan,janganla push sangat.

manusia
sebab tulah nama kita manusia
sebab kita manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada
nak lebih
itu ini
semualah senang cerita

manusia
sebab tu jugaklah nama kita manusia
sebab kita manusia ni nak semuanya mudah dapat
nak macam-macam
tapi kalau boleh
nak mendapatkan sesuatu tu
cara mudah
tak nak susah-susah

manusia
sebab tulah kita ni manusia
ciptaan Allah yang sempurna ni tak pernah puas
tak pernah cukup dengan apa yang ada
nak hasil lebih,tapi usaha kurang

subhanallah.

cuba-cubalah sedar.

astaghfirullahhal’azim.

cubalah untuk insaf dan beringat.

alhamdulillah.

ingat-ingatlah untuk bersyukur.

cubalah jangan terlampau asyik dengan apa yang ko dambakan.

ingatlah rezeki itu Allah yang tentukan

aku pasti rezeki itu ada di mana sahaja

asalkan kau berusaha dengan ikhlas dan sentiasa bersyukur

pasti Allah akan tambah rezeki kau.

kau kena tau yang rezeki bukan hanya dalam bentuk duit,makan,pakai..

rezeki ni muncul dalam pelbagai bentuk.

tapi manusia ni..masalahnya selalu lupa..

ei kawan..cukuplah dengan ko punya berkira.

agak-agaklah yang orang jarang berkira dengan kau.

lagi kau berkira,lagi mahal rezeki tu akan diturunkan pada kau.

Ya Allah,aku berlindung di bawah Mu.

Leave a comment

Filed under pengajaran

sarang tempua jatuh ke tanah.

sarang burung tempua.adakah ko kenal?

_DSC0085-1

inilah namanya sarang burung tempua.

kisahnya,kan sekarang musim buah,nak habis dah pun.

abah aku sebelum ni duk pegi kutip durian kat kebun dia.

pada masa sama,mak aku pesan bawak balik sarang burung tempua yang jatuh.

mak aku nak letak kat pokok limau nipis untuk elak kera area rumah aku mengacau pokok tu.

ini kisah yang aku tau masa tengah makan nasi lemak sekali dengan abah & abang ipar aku pagi tadi.

sembang-sembang,aku tertarik dengan sarang burung tempua ni,ada lagi dua mak belum pakai.

2 jenis,satu yang panjang siap dengan pangkal, satu lagi putus tinggal badan.

yang panjang tu,abah kata biasanya sarang burung betina.sebab dia nak simpan telur dan anak-anak dia dalam tu.

yang biasanya putus tinggal badan sarang je ialah sarang burung jantan.wallahu’alam kenapa lebih senang putus dibandingkan dengan sarang burung betina.

apa yang kagum,subhanallah..cantik serius sarang tempua ni.

dalam otak aku.aku hanya fikir.macamana burung ni buat sarang,diulit-ulit rumput-rampai tu,diikat-ikatnya rumput ranting tu,sampai siaplah sarang dia.siap ada lubang,tempat bertenggek,tempat simpan telur,pintu sarang..

peh,kagum!subhanallah..

seni tak ingat!hee.

_DSC0079-1

yang warna coklat sarang betina.

yang warna hijau sarang si jantan.

kau tengok hasil anyaman tu.

kalau aku fikir dari sudut arkitek, berapa banyak rumput dia guna, berapa lama dia buat sarang ni, macamana dia ulit,simpul,ikat semua ni sampai sarang jadi kuat dan tak terburai.

ini rumah beb.

seni halus ni.seekor burung yang kecil boleh buat rumah sendiri guna paruh.

_DSC0074-1 ini pangkal sarang burung betina.

gabungan rumput,ranting diikat macam aku duk main masak-masak waktu kecik dulu.

kagumnya, ranting diikat untuk pastikan ia sebagai struktur utama rumah.

tiang serilah.

untuk digantung di pokok.

paling aku kagum, cara dia ikat macam aku ikat ranting ni jugak time kecik.isunya,ia burung, aku manusia.

_DSC0076-1ini hujung sarang betina.

tujuannya,sebagai pintu masuk sarang

untuk jaga telur dan anak-anaknya.

subhanallah..

aku duk tengok lagi hasil anyaman sarang tu.

aku kagum pulak tentang cemana dia boleh ada idea nak buat pintu masuk sarang,hee.elemen tambahan sarang.

baru aku tau ada beza antara sarang burung betina dengan sarag burung jantan.

_DSC0069-1ini la sarang burung jantan tu.

dia takde pintu macam sarang burung betina atas tu.

berlubang je. ada satu jejambat la aku istilahkan.

jejambat tu untuk tempat dia bertenggek tidur kot,hee.

dalam dia,cantik.

walaupun hanya anyaman rumput,nampak kemas dan rata je.

pandai pilih warna rumput pulak tu,hee. warna hijau-hijau ala-ala nak season.

_DSC0088-1 jadi.

aku terfikir.

arkitek ada buat research tentang sarang tempua tak agaknya.

kalau ada,aku la yang tak tau,hee.

stadium utama beijing yang pakai masa olimpik dulu guna konsep sarang burung la tu. nama pun bird’s nest. hee

inila rupa bila sarang burung dah jatuh letak kat pokok limau.

hee.macam-macam pendekatan kan.

itulah semuanya kekuasaan Allah.

subhanallah..

hanya Dia Maha Mengetahui di atas setiap kejadianNya.

cantik kejadian Allah dak? đŸ™‚

mungkin betul abah kata. aku boleh buat master kaji pasal sarang burung tempua ni je.arsitekturnya indah sekali.

hee.

4 Comments

Filed under ilmiah, pengajaran