Daily Archives: 05/05/2009

sekali lagi..

semalam,pulang dari langkawi..

alhamdulillah..

tapi

hari ini

sekali lagi

hanya mahu menangis

terasa diri amat lemah

sebagai manusia

sebagai perempuan

sebagai isteri

sebagai ibu

Ya Allah..

sekali lagi

bantulah aku..kuatkan aku..

sekali lagi

aku terasa seperti tin kosong yang hanyut dalam parit besar di tengah kota..

sebaik mana ingin aku lakukan

semakin banyak yang perlu aku tempuh..

sekali lagi

aku tahu Engkau sedang menguji..

sejauh mana ingatan aku pada Mu..

sekali lagi

aku akur

aku ingat

namun

sekali lagi

aku tetap lalai

tetap kalah

tetap rebah

aku luluh

setiap kali itu

aku pohon pada Engkau

akan segala kekuatan yang aku perlukan

aku akur

aku berdosa

Ya Allah..

Engkaulah satu-satunya..

ampunkan aku

peliharakan kehidupanku..

peliharakan semua yang terkandung di dalamnya..

bantu aku

untuk sentiasa sedar kembali

untuk sentiasa bangkit semula

setiap kali itu

ketika aku rebah

HARUS

bangkit kembali..

sekali lagi..

Leave a comment

Filed under aku lah!, luluh