Monthly Archives: May 2009

haa..kan dah kata dah..

haha.

bos aku akan kuarkan memo.

untuk semua stafnya yang berkenaan.

untuk sesiapa yang terasa pedas,sila minum air untuk hilangkan kepedasan yang dirasa.

1. no more internet usage,kecuali untuk orang-orang yang dipercayai.

2. no more use of  headphone while office hours.

3. akan susun atur semula layout kerja di ofis, untuk make sure takde sape buat kerja nyorok-nyorok.

ok.

aku takde hal.

aku kan kering.haha.

i am fine with that.

tapi satu je.

tukar layout tuh.

aku takmo ngadap dinding ok.

buat design ngadap dinding?biar betul baii..nanti design aku jadi dinding la banyak weh.

aku akan mengadap tingkap.

so,internet,sumber ilmiahku,facebook,ym,blog..sayonara during office hours!haha..

tulah korang..kan dah kena? 😛

moral : sentiasa pastikan kerja anda siap pada masa yang diminta oleh bos ok.

& jangan main ym waktu kerja. 😛

4 Comments

Filed under aku lah!, kah kah kah, kerja

ini cerita pasal seorang makcik.

aku tahun ni menjarakkan siri dari menonton rancangan realiti tv.

af ke,raja lawak ke,one in a million ke,geangstars ke,american idol ke,whatsoever.

malas gila bai nak tengok tahun ni.sebab macam sama jek.

tapi,semenjak tomok menang sejuta.entah cemana aku terkorek cerita pasal susan boyle.

pernah dengar?tengok ni.

menurut yang pernah aku baca:

makcik ni naik pentas pakai macam nak pegi pasar.sekali nyanyi,hambik ko.”

makcik ni muda 8 tahun je dari mak aku.

so,kepada semua.

jangan ingat orang pakai baju kaler tak cantik,rambut beruban semua nak gi pasar.

orang tengok dari mata hati,bukan tengok dari mata burung.

kepada semua manusia yang suka pandang rendah pada orang lain,sila terjun sungai.

kepada yang suka perasan bagus,sila terjun lombong.

ini bukan tentang dia menyanyi bagus.

ini tentang tidak putus asa.

ini tentang yakin dengan diri sendiri.

ini tentang perlunya menilai orang melalui kualiti diri.

ini tentang hormat pada orang lain.

ini tentang makcik tua yang selamba kodok dan tidak peduli apa orang kata.

kepada aku dan semua,

bukak mata,bukak telinga,bukak hati,guna otak,ok.

*sengih suka*

4 Comments

Filed under learn, umum kah?

aku nak jual putu mayam guna moto satu seat.

boring betul jadik orang tengah ni.

atas ada bos-bos,bawah ada member.aku kat tengah.

bos-bos kalau tak puas ati,cite dgn aku watpe.sound jelah staf sendiri.takkan aku nak sound member aku pasal apa yg bos sound dia.baik aku jadik bos,tak rasa salah sbb bayar gaji.

bukan aku takleh cakap kat member aku,tapi aku malas masuk campurlah kalau bab-bab “bos-bos tak puas hati dengan kerja staf” ni..

sebab keje aku pun banyaklah dari nak masuk campur hal keje orang lain ni.

kalau bos-bos komen aku pun,bos-bos komplen kat orang lain gak.

jadik cemana aku nak tau aku oke ke takk bosss..

apa kata bos-bos sound sendiri staf bos nih.

kalau korang nak kata aku selfish ke,teruk ke,suke ati korang lah.

tapi letih tau once ko dah jadik orang tengah ni.

baik aku jual putu mayam naik moto yang ada satu seat je,takde sesape ikut.

pakcik bahrin!kopi o kawww satuuuu!!!

.qiyam.aqie.damia.

q : http://matahati81.blogspot.com  
a : https://aqie.wordpress.com
d : http://nurdamia.wordpress.com

4 Comments

Filed under hangin, kerja, umum kah?

bila kah ?

selamat hari guru!

aku malas kat ofis.

sempat buat kad on behalf anak & anak-anak buah untuk majlis hari guru kat taska esok.

😛

aku tak bolehla attend.keje okee..hee.pass kat cikgu jelah.

OOO!

SELAMAT HARI GURU!!

UNTUK MAK,UNTUK CIKGU-CIKGU SEKOLAH RENDAH CONVENT SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH CONVENT SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH PUTERI SEREMBAN, SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR,LECTURER DIPLOMA SENIBINA UiTM SERI ISKANDAR & LECTURER BACHELOR SENIBINA UiTM SHAH ALAM.

ARIGATO NEEE!!

hmm.

aku kene start balik aktiviti meng’shoot‘ gambar.

lama sangat dah ni.

kamera sihat.

flickr dah berhabuk.

klik! klik!

bila kah?

apa kah?

rindu klik klik!!

idea,datang ke otak ku!sekarang!!

😦

*note :

*oo..kepada sesiapa yang nak buat kad kahwin ke,kad birthday ke,kad hari bapa ke,papelah.. jenis ucapan atas kad yang nak custom design,bolehlah bercerita dan contact aku kalau berminat nak aku tolong buatkan 😛 design-design yang aku buat cuma keluar sekali je untuk penggunaan,hee..di atas tu contoh kad hari guru sempoi saja..copyright limited ok 😛

kalu berminat nak sembang ke nak becerita ke nak buat kad ke, email aku : aqie_ism@yahoo.com orite!

(sempat promote?hehehe) 😀

.qiyam.aqie.damia.

q : http://matahati81.blogspot.com  
a : https://aqie.wordpress.com
d : http://nurdamia.wordpress.com

3 Comments

Filed under aku lah!, klik klik kamera!, luluh

jangan kedekut ok.

balik kerja.ambik damia kat taska.dari 4,3 habis.susu ada sebotol lagik.6 oz.dah dipanaskan.

sampai rumah,kemas botol.simpan yang pam ari ni.aku tengok sebotol yang dah dipanaskan tu.

aku : adeh.banyak ni..sayangnya mak..

mak : kenapa

aku : susu ni,byk lagi.taska dah panaskan.kan susu freeze yg dah panaskan,takleh freeze balik kan?

mak : oo..ha’a..takpelah,bukannya takde dah..

aku : huu,sayangnya..banyak ni..kalu nak guna,dalam 24 jam,pastu tak elok simpan dah..6 oz ni mak..susah nak dpt byk ni nih..

mak : hmm,bukan takde dah..ada lagi..susu badan kan,Tuhan bagi lagi nanti..nak risau apa..keja Tuhan tu..

aku : hee,memangla tak risau..tapi mcm adeh,sayang je kalu tak minum..hee..

aku pun gerak..damia dah menangis,marah tinggal dia sorang2..aku pun susukan dia,sambil pam..lepas tu kasik susu 6 oz tu sikit,sebab damia mcm tak kenyang.

(fyi,aku dah lama tak bagi botol ok..kasik botol kat taska je..)

lepas tu,aku simpan susu 6 oz tu.sikit sgt damia minum.sebab dia dah direct tadi.

aku : takpe,aki simpan dulu.mana tau,esok kalu jadi gi rumah fara,bawak ni standby kot susah bg direct..

mak : hmm,ikut sukalah nak buat cemana..susu tu,bukan rugi pun kalau kena buang..ada lagi..

aku terkesima.

at one moment,sekali lagi aku sedar.aku tamak.tamak sebab takut berasa rugi.sedangkan itu rezeki Allah bagi.

(memanglah rasa rugi ,sebab lately nak dapat 2,3 oz masa pam, per session pun susah tau..)

tapi aku pikir.bukan aku taktau fakta tu.

“once frozen ebm has been thawed,it cannot be refreeze.it can be kept in fridge for use in 24 hours.after that hour,discard.”

(untuk tujuan kebaikan ok.takut milk properties yang ada antibodi sume takde dah..susu pun takut dah ada bakteria lain.)

tertulis ayat tu pada semua kotak botol susu for breastmilk storage.

tertulis dalam panduan’ breastmilk storage’ oleh semua pakar laktasi yang menulis dalam internet.

jadi,aku terkedu dengan ayat mak walaupun hakikatnya aku tau dah benda mak cakap tu.

“jangan rasa rugi.itu susu kita.yang penting,bayi merangsang pengeluaran susu bila kita semakin kerap menyusu direct.jadi,kalau perlu buang,buang je.it’s not a waste,ingat kita dah usaha untuk dapatkan susu tu,jadi kalau terpaksa buang,itu tak rugi.”

aku pernah baca ayat tu.

jadi aku tau,aku dah jadi tamak dengan susu badan aku sendiri.

argh.kadang-kadang,benci diri sendiri bila hal halus macam tu pun tamak,sedangkan dah ada backup untuk 3 hari,sedangkan of course akan ada susu badan selagi maintain pumping and direct breastfeed damia..

aku beristighfar banyak kali.

astaghfirullahhal’azim.

moral : jangan tamak.jangan kedekut.nanti rezeki lagi mahal.walaupun susu sendiri yang takyah bayar sesen pun.Allah tu Maha Pemurah.

astaghfirullahhal’azim.teruk teruk.

Leave a comment

Filed under breastfeeding susu ibu, menyesal

hari ni hari jumaat

hari ni hari jumaat

banyak benda rasa nak buat

nak tido..rasa nak gi jalan..nak gi makan-makan..nak gi lepak-lepak..nak shopping..nak tengok wayang..nak makan waffle..nak makan corn in cup..nak gi dating dengan qiyam ..nak gi beli hadiah untuk fara yang baru dapat baby boy..nak gi melawat dia..nak baca buku ‘remember me’ by sophie kinsella..nak baca buku ‘tuesday with morrie’..nak baca buku ‘about a boy’..nak baca buku ‘letter for sam’..

*argk!banyak gila belum baca siot!*

nak shoot gambar..lama gila tak amik gambar since dpt damia..i miss playing with my nikon!huu..nak layan lagu..lagu yuna..lagu mocca..lagu nitrus..nak cari dvd movie baru..nak tengok tv..nak main playmat dengan damia..nak gi launch itudio studio by sue anna joe kat kelana jaya..nak gi midvalley..nak lepak kat rumah jugak..nak makan aiskrim..nak bayar hutang..nak bayar bil..nak bayar ptptn..nak gi jumpa aunty rosna yang  jadik ejen insuran tapi tak penah jumpa cuma sembang dalam tepon..nak gi jalan kl..nak ajak satu family gi rehat kat memana..nak gi sabah..nak jumpa & lepak dengan kawan-kawan baru ke,kawan-kawan lama lagik nak..nak reunion kawan sekolah..nak reunion kawan itm..nak travel mcm backpackers..nak beli lens best-best..nak tolong mak abah..nak balik arau..nak balik sg petani..nak jadi cikgu taska..nak bukak bisnes sendiri..nak beli earphone..nak tolong orang..nak join aktiviti kebajikan..nak melukis..nak bukak galeri..

wishlist spontan kat kepala otak.

banyak tu.ada yang boleh buat.ada yang mustahil buat masa tedekat ni.ada yang takleh buat.ada yang angan-angan.ada yang memang nak sangat.

tetiba rasa ada lagi banyak nak tulis.about ‘ nak ‘.

tapi ngantuk pulak.

baaii.

2 Comments

Filed under aku lah!, bosan, mengarut, wishlist

kering

hati aku kering

terasa sibuk sangat sekarang

masa aku berlalu dengan begitu cepat & pantas

kerja – banyak gila.non-stop.dah tumpahkan segala idea.tapi belum cukup.bos mintak tambah lagi.
belum puas hati.tetap belum dihargai.argh!

itu normal.

jadi ibu

susu – makin kurang.taktau kenapa.kene usaha lebih.diduga lagi.tumpah lepas pam.lap sampai  kering.tak tipu.sikit,tumpah.aku akui,aku kecewa.

tapi tu pun normal rupanya.

aku sedang diuji

dengan masa-masa yang aku rasakan aku dah sampai tahap maksima

di saat aku rasa aku di titik paling lemah

hati aku semakin kering

kering menerima dugaan

kering menerima tamparan

kering menerima kekecewaan

hari ini aku kering lagi

tapi

bila difikirkan aku yang lemah dengan dugaan

masih ramai orang lain yang lebih dahsyat dugaannya

lantaran

aku bersyukur

terima kasih

sebab aku mampu sedar melalui dugaan dan cabaran yang Kau kurniakan

apa yang aku rasa

cuma secarik dari kehidupan aku yang cukup indah

dan aku hanya perlu usaha untuk mencantumkan carik itu kembali

menjadi sebahagian kehidupan aku yang cukup cantik diberikanNya

hidup ni sekejap je

kena guna dengan akal

kena hidupkan dengan usaha

aku banyak gila dosa

sampai masa untuk aku tebus

biarlah hati ini kering bila ia perlu

tapi iman itu sentiasa mengalir basah dalam diri tidak kering sampai bila-bila

ini cara Dia nak ingatkan aku

aku kena ingat pada Dia sentiasa

terima kasih

aku senyum sampai telinga.puas!

😀

2 Comments

Filed under umum kah?

selamat hari ibu

10 mei 2009

hari untuk diraikan bersama ibu-ibu yang melahirkan..

mahupun ibu yang tidak melahirkan tapi membesarkan..

aku dengar hot fm semenjak pagi tadi..

aku pasti ramai yang sebak..

bila fara nyanyi untuk mak dia..

bila pendengar menyanyi untuk ibu mereka..

tahun ini

aku rasakan kelainan pada diriku

aku teringat pada Mak..

Mak yang melahirkan..

Mak yang membesarkan..

Mak yang menjaga..

Mak yang bersabar..

Mak yang menangis..

Mak yang kuat dalam apa jua keadaan..

terima kasih Mak..

tak terbalas aqie dengan apa yang Mak dah korbankan..

apa yang Mak dah lalui sepanjang membesarkan aqie..

Hanya Allah yang mengetahui..

betapa sayangnya aqie pada Mak..

aqie tak mungkin dapat memberitahu dan bagi Mak faham..

betapa tingginya kasih aqie pada Mak..

kini..

aku sendiri sudah menjadi ibu..

aku sudah merasakan betapa besarnya rasa menjadi ibu..

walaupun hanya baru bergelar ibu..

kini

aku tau..

dapat rasa betapa sedihnya Mak bila berdepan dengan apa jua yang tidak diimpikannya sepanjang menjadi seorang Mak..

kerana aku juga tidak mahukan kesedihan itu berlaku dalam kehidupan sebagai seorang ibu..

walaupun  jarang sekali aku dapat melihat Mak bersedih..

tapai aku tau Mak bersabar dan telan semua kepahitan itu seorang diri..

kini

aku faham..

perjalanan aku masih jauh..

sebagai seorang ibu..

setelah 28 tahun hidup..

tahun ini baru benar-benar aku faham..

baru benar-benar aku tahu..

kenapa wujudnya Hari Ibu itu..

sebab aku sendiri kadang-kadang terlupa akan pengorbanan Mak sebagai seorang Mak..

kini..

aku lebih mengerti..

Mak..

aku ada seorang saja Mak di dunia..

itulah Mak aku..

Mak,terima kasih..

Mak,maafkan aqie..

Mak, Selamat Hari Ibu..

*tangis*

2 Comments

Filed under umum kah?

*damn*

dalam dunia aku

ORANG INI terlalu berharap

sedangkan haram hapah pun tak nampak dari ORANG ITU

tapi ORANG INI masih juga berharap

sedangkan ORANG ITU terus seronok memijak dan menikam

itu lah MEREKA dalam dunia aku

tapi AKU

bila terasa macam jadi hamba

selalunya bila

buat kerja bodoh untuk orang yang entah siapa-siapa

perlu ke macam ni?

tapi macam inilah dunia kerja aku di malaysia

huh..

dunia aku terlalu ramai dengan ORANG INI dan ORANG ITU yang suka membolehkan benda yang entah apa-apa

ORANG INI suka berjanji

hanya untuk membuatkan ORANG ITU gembira

yang bahananya

AKU dan golongan AKU

bukan AKU tak faham

AKU faham

sangat-sangat faham

tapi sekarang

sudah tahap AKU benci

sedangkan ORANG ITU

hanya tamak mahukan sesuatu yang belum pasti apa jadinya

dan ORANG INI pula masih terus terkejar-kejar ORANG ITU yang entah apa-apa janjinya

ini kisah ORANG ITU, ORANG INI dan AKU

*damn*

Leave a comment

Filed under aku lah!, kerja

sekali lagi..

semalam,pulang dari langkawi..

alhamdulillah..

tapi

hari ini

sekali lagi

hanya mahu menangis

terasa diri amat lemah

sebagai manusia

sebagai perempuan

sebagai isteri

sebagai ibu

Ya Allah..

sekali lagi

bantulah aku..kuatkan aku..

sekali lagi

aku terasa seperti tin kosong yang hanyut dalam parit besar di tengah kota..

sebaik mana ingin aku lakukan

semakin banyak yang perlu aku tempuh..

sekali lagi

aku tahu Engkau sedang menguji..

sejauh mana ingatan aku pada Mu..

sekali lagi

aku akur

aku ingat

namun

sekali lagi

aku tetap lalai

tetap kalah

tetap rebah

aku luluh

setiap kali itu

aku pohon pada Engkau

akan segala kekuatan yang aku perlukan

aku akur

aku berdosa

Ya Allah..

Engkaulah satu-satunya..

ampunkan aku

peliharakan kehidupanku..

peliharakan semua yang terkandung di dalamnya..

bantu aku

untuk sentiasa sedar kembali

untuk sentiasa bangkit semula

setiap kali itu

ketika aku rebah

HARUS

bangkit kembali..

sekali lagi..

Leave a comment

Filed under aku lah!, luluh