sekarang 1.13 pagi.
aku menangis tidak berhenti sejak pukul 12 malam tadi.
bukan sebab bergaduh.
tapi sebab baca blog seorang ibu yang kehilangan anaknya yang lebih disayangi Allah yang Maha Kuasa.
http://supermom0978.blogspot.com/
sesungguhnya kamu akan ketemu kesayangan kamu itu di syurga bila sampai masanya nanti,insyaAllah.
untuk semua ibu yang kehilangan, aku doakan kamu menjadi ibu yang paling kuat dan tabah dalam dunia.
sesungguhnya Allah turunkan ujian bagi mereka yang mampu menerimanya.
aku tak mampu membayangkan aku di tempat kamu.
tapi aku faham kesedihan yang kamu alami.
jika tidak, masakan aku boleh menangis hanya kerana membaca.
kerana aku sendiri tidak pasti aku mampu menanggungnya kalau aku di tempat kamu.
sebab aku juga seorang ibu.
setiap anak yang dikurniakan, tidak ternilai kasih sayang yang ingin kita berikan sebagai ibu bapa.
tapi, kesedihan yang kamu alami itu dijanjikan kemanisan dariNYA.
insyaAllah.
- Al-Fatihah buat semua si kecil yang meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang suci.
ada satu pesan aku.
buat semua ibu yang tidak mahukan anak kamu,fikirkanlah apa yang kamu lakukan.
kamu hanya akan membunuh satu jiwa yang amat suci, amanah dari Allah.
fikirlah sebelum tersalah langkah.
kerana kalau salah langkah kamu, tunggulah kamu di hari pembalasan, anak kamu akan menunggu.
insyaAllah.


