manusia
sebab tulah nama kita manusia
sebab kita manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada
nak lebih
itu ini
semualah senang cerita
manusia
sebab tu jugaklah nama kita manusia
sebab kita manusia ni nak semuanya mudah dapat
nak macam-macam
tapi kalau boleh
nak mendapatkan sesuatu tu
cara mudah
tak nak susah-susah
manusia
sebab tulah kita ni manusia
ciptaan Allah yang sempurna ni tak pernah puas
tak pernah cukup dengan apa yang ada
nak hasil lebih,tapi usaha kurang
subhanallah.
cuba-cubalah sedar.
astaghfirullahhal’azim.
cubalah untuk insaf dan beringat.
alhamdulillah.
ingat-ingatlah untuk bersyukur.
cubalah jangan terlampau asyik dengan apa yang ko dambakan.
ingatlah rezeki itu Allah yang tentukan
aku pasti rezeki itu ada di mana sahaja
asalkan kau berusaha dengan ikhlas dan sentiasa bersyukur
pasti Allah akan tambah rezeki kau.
kau kena tau yang rezeki bukan hanya dalam bentuk duit,makan,pakai..
rezeki ni muncul dalam pelbagai bentuk.
tapi manusia ni..masalahnya selalu lupa..
ei kawan..cukuplah dengan ko punya berkira.
agak-agaklah yang orang jarang berkira dengan kau.
lagi kau berkira,lagi mahal rezeki tu akan diturunkan pada kau.
Ya Allah,aku berlindung di bawah Mu.


