ppsmi.
aku pasti semua orang yang ambil berat tentang bahasa malaysia tahu tentang benda ni.
kalau kau tak tahu,tak apa.
aku tergolong dalam orang yang ambil tahu secara senyap.
tapi lepas keputusan ppsmi dimansuhkan itu diumumkan.
hari ini segenap pelosok media bercerita.
suratkhabar,radio,tv,wawancara..segala media lah.
jadi,dari pagi aku mendengar,malam ni aku jadi menyampah.
aku pasti,ada segolongan yang bersetuju ppsmi dimansuhkan.
ada segolongan yang kecewa ppsmi dimansuhkan.
aku tergolong dalam golongan yang bersetuju ppsmi dimansuhkan.
kenapa?
sebab aku suka bahasa malaysia.
aku akui,aku pun kadang-kadang menyalahgunakan bahasa malaysia.
aku rojakkan bahasa malaysia ini dengan bahasa inggeris.
aku juga tahu berbahasa inggeris.
aku juga gunakan bahasa inggeris apabila perlu.
bila bercakap mahupun menulis.
tapi aku tetap tahu cara penggunaan bahasa malaysia yang beradab.
apa yang aku tak faham,apa yang aku menyampah ialah..
bila golongan manusia yang terlalu mengagungkan bahasa inggeris ini mengaku mereka rakyat malaysia.
tak kisahlah,itu penggunaan bahasa harian mereka.
tapi,yang paling aku menyampah ialah bila mereka kata orang malaysia akan jadi kolot dan ketinggalan dalam arus dunia bila ppsmi dimansuhkan.
hmm..apakah ini?
kau dilahirkan sebagai rakyat malaysialah.
kalau tak nak cakap bahasa malaysia,tak perlu gelar diri kau berbangga menjadi rakyat malaysia.
ia bukan masalah kau tak nak bangsa kau ketinggalan.
ia bukan masalah kau risau rakyat malaysia tak dapat bersaing di peringkat dunia.
ia bukan masalah nasional yang kau risaukan.
kau cuma risaukan anak-anak kau yang tak tau nak belajar dan berbicara dalam bahasa malaysia.
maaflah kalau aku salah.
kan aku kata,aku akan bercakap apa sahaja dan aku tak kisah.
itu pandangan aku.
aku juga belajar semua pelajaran dalam bahasa malaysia, kecuali bahasa inggeris dan bahasa perancis.
dari aku tadika sampailah aku habis belajar uiversiti.
itulah bahasa yang aku gunakan.
alhamdulillah,aku capai juga cita-cita aku.
aku tau juga nak berbicara tentang sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
bukan bertujuan untuk riak mahupun takbur.
astaghfirullahhal’azim.
cuma,aku hanya ingin menyatakan pendapat aku.
apa yang penting bukan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris yang menentukan kedudukan anak kau bila dia besar nanti.
kau terfikir tak orang-orang kampung yang rajin belajar,bersusah payah nak memahami subjek bahasa inggeris itu sendiri.
cuba kau letak anak kau di tempat itu.
cuba kau letakkan anak kau yang tidak fasih berbahasa malaysia cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memahami bahasa malaysia.
susah kalau nak bercerita dengan orang yang tidak faham bahasa malaysia ni.
kalau kau nak anak kau pandai sangat berbahasa inggeris dalam semua perkara,
pastikanlah dia kuasai english grammar and vocabulary.itu sahaja.
bagilah dia baca buku-buku bahasa malaysia dan bahasa inggeris.susah apa.
kalau malas membaca,segala jenis bahasa pun anak kau takkan pandai kuasai.
bila saja anak kau dapat kuasai bahasa inggeris,segala subjek,segala perkara,apa-apa yang anak kau belajar sekalipun boleh diterjemahkan dalam bahasa inggeris tanpa terkulat-kulat.
orang jepun cakap jepun,tak cakap inggeris.
orang perancis cakap perancis,tak nak cakap inggeris.
orang jerman cakap jerman, tak cakap inggeris.
dan mereka adalah antara negara dan bangsa termaju dalam dunia kalau nak dibandingkan dengan segelintir rakyat malaysia yang terkulat-kulat mengagungkan bahasa inggeris ni.
aku masih rasa susah nak menerangkan pada orang yang tak suka cakap bahasa malaysia ni.
kau tau apa yang kau kena risaukan?
bukan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris yang kau perlu risaukan.
kalau kau islam.
adalah lebih baik kau fikirkan ilmu agama yang perlu anak kau bawa dan pegang sehingga Allah ambil nyawanya nanti.
itu yang penting.
tak perlu menangis bagai nak gila kononnya risaukan bangsa melayu ketinggalan hanya dengan tidak menggunakan bahasa inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik.
itu poyo namanya kalau kau tak tau bahasa malaysia.
banyak dah orang malaysia yang berjaya hanya dengan menggunakan bahasa malaysia sepanjang tempoh pembelajaran mereka.
to the so called ‘urbanites’.
which most of you are the ones who are against the decision of using bahasa malaysia for science and mathematics subjects at school.
stop being such claustrophobic against using bahasa malaysia for those subjects.
ia sungguh menjengkelkan.
sekali lagi aku beritahu.
ini pandangan aku secara peribadi.
kalau kau tak suka.kalau kau menyampah.kalau kau tak setuju.
terpulang.ikut suka kau.
aku tak kisah.sebab dunia ini punyai ruang yang luas untuk berbicara tentang apa saja.
wallahu’alam.



4 Comments
10/07/2009 at 7:40 am
aku stuju…hehe. yg penting blajo m3 n sc ni adalah memahahami konsepnye. ni jenuh nak faham instruction cikgu / soalan cakap dlm BI, pastu nak paham maksud soalan lagi… bila balik rumah nak tanya mak bapak, ada yang lagi la hapah nak faham BI tu. perkasakan BI, klu BI dah tere, nak faham apa2 istilah dlm BI macam ko ckp tu aku rasa tade masalah.
aku rasa dulu masa matrikulasi sains hayat dalam BM pon aku macam tak larat nak fahamkan, last2 main hentam hafal nak lulus periksa. aku takut budak2 ni jd macam ni, main hafal tak faham konsep macam aku.hehe.
alamak panjang lak aku membebel..hehe
10/07/2009 at 8:51 am
iya dehhh..aku lagi kan suka bicara dalam bahasa indonesia…imaginasikan kapan cucu nya pulang ke desa lantas nggak bisa ngobrol dan bicara saman paman dan juga mmbahh…rasanya pasti besar…seperti anak kecil yang baru pulang dari australia…waduhh..bangga dehh…ngomong bahasa penjajah…permisi dulu dehhh…
11/07/2009 at 9:16 am
rileks la…erm… jngn la emo sngt….
11/07/2009 at 11:44 am
kui : tulah kan jot kan..tu pasal kita kana start memikirkan tentang arah bahasa malaysia kita ni nak sampai ke mana..heh..memang aku sayang la ko jot..
tok ayah : hehe..sedangkan indonesia mampu membawa bahasanya ke pelosok seantero dunia..
subaqir : hee..rileksla…entri ini kan cuma tentang pendirian aku dalam negara yang dikatakan demokrasi.