hargai wajah-wajah tua ini.

sejak kebelakangan ni.
aku membaca di sana sini.
aku teringat itu dan ini.
aku sedar banyak yang aku terlupa.
dan banyak yang aku hilang.

wajah-wajah tua yang ada dalam kehidupan aku.

kehidupan di sini bersama mak dan abah,satu kehidupan yang amat indah.
mak dan abah berkorban masa dan wang demi anak dan cucu-cucu kesayangan.
bila saja anak-anak perlukan mereka,mereka sentiasa ada.
walaupun mereka sendiri tidak kecukupan kaki dan tangan.
tidak kecukupan masa.
tidak kecukupan ruang.
namun mereka tidak pernah tiada bila kami perlu mereka.

pulang ke kampung semenjak kebelakangan ni,
buatkan aku sedar betapa umur yang Allah bagi ni amat berharga.

pulang ke kampung qiyam di sg petani.
ibu dan ayah juga berkorban demi kebahagiaan anak-anak dan cucu sulung mereka.
bilik diberikan kepada anak-anak,bilik anak-anak diberikan kepada kami dan cucu.
mereka tidur di luar.
aku serba salah.
tapi aku faham.itu kehendak mereka.
disebabkan cuaca panas.disebabkan sayang pada damia.
mereka berkorban demi keselesaan dan kebahagiaan.

pulang ke kampung lagi.
kampung arwah tok wan qiyam.
ya,tok wan dah tinggalkan dunia.
tok wan yang juga nyang kepada damia.
syukurlah kami sempat berjumpa arwah 2 minggu sebelum sepeninggalannya.
aku pasti qiyam dan keluarga mertuaku merinduinya.

pulang ke kampung lagi.
kali ni pulang ke kampung mak di arau.
aku cukup bahagia walaupun kepulangan aku hanya sekejap.
cukup untuk menatap wajah-wajah tua yang menyayangi kami sejak kecil.
menatap wajah-wajah tua yang sentiasa menanti kepulangan kami dari seremban.
mak chaq,chik,nda yah,ami,mak ndek..arwah tah..itu semua adik-beradik mak.
mereka menanti dan gembira dengan kepulangan kami membawa damia bersama.
chik bercerita tentang kenakalan kami di masa kecil.
chiklah yang membela kami di usia kecil kami ketika mak bekerja.
mereka sentiasa ada.bertanyakan kami anak-anak.
buatkan kami sentiasa rindu dengan kehadiran mereka.

kini aku sendiri menjadi ibu.
teringatkan pengorbanan mereka.
aku teringat,aku sudah menjadi ibu kepada si kecil damia.
aku tau aku juga mula berasa bimbang tentang masa depan anakku.
aku kagum dengan wajah-wajah tua ini yang telah lama mengharungi kehidupan.
dengan hati cekal dan ingatan kepada Allah.
dengan pelbagai pengorbanan buat anak-anak dan cucu kesayangan.

sedarkah kita.
betapa ruginya kita.
kalau kita tidak ingat akan mereka.
waja-wajah tua inilah yang memberikan pelbagai inspirasi.
mereka gula tika suka.mereka ubat tika duka.
untuk aku.untuk kamu.untuk dia.untuk semua.

untuk kita semua.
hanya dikit yang perlu kita lakukan.
berkorbanlah untuk wajah-wajah tua ini.
peluklah mereka.
jika tidak terpeluk.
kucupilah mereka.
jika tidak terkucup.
belailah mereka.
jika tidak terbelai.
ucapkanlah sayang pada mereka.
jika tidak terucap.
sahutlah panggilan mereka.
jika tidak tersahut.
cuitlah mereka dengan sayang.
jika tidak juga tercuit.
ucapkanlah terima kasih.
jika tidak terucap juga.
sekurang-kurangnya doakanlah mereka.
kerana doa sentiasa mengiringi mereka.
samada ketika hidup mahupun mati.

Ya Allah.
sesungguhnya.
aku mohon keampunan dariMu.
aku banyak berdosa pada mereka.
aku banyak berdosa padaMu.

semoga mereka sentiasa terpelihara di bawah perlindunganMu.

AMIN.

2 Comments

Filed under kasih sayang, penghargaan, seperti biasa

2 Responses to hargai wajah-wajah tua ini.

  1. subaqir

    Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik….QS attaubah:24

  2. nurdamia

    keimanan kepada Allah itu yang paling utama.
    alhamdulillah.
    mudahan ilmu dakwah seperti ini akan berterusan menjadi iktibar buat semua yang mengikuti.insyaAllah.
    lebih cantik, ditambah dengan penjelasan di atas setiap tafsir yang diberikan.
    agar dakwah yang disampaikan itu lebih sempurna.
    insyaAllah :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s