03/11/2009

sibuk mungkin.

lama tak bercerita.

sibuk sikit mungkin.

juga kurang masa dilapangkan untuk bersosial di internet.

sibuk dengan keluarga.

sibuk juga nak bersiap masuk rumah baru.

hee.

asyik-asyik sibuk,kata kamu ya?

hee,nampak macam tipu.

tapi sibuk jugaklah kot.

haha.

entri kali ini.

interpretasi sibuk pada kamu.

interpretasi sibuk pada aku.

semua lain.

selamat bekerja.

:)

30/07/2009

ei kawan,janganla push sangat.

manusia
sebab tulah nama kita manusia
sebab kita manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada
nak lebih
itu ini
semualah senang cerita

manusia
sebab tu jugaklah nama kita manusia
sebab kita manusia ni nak semuanya mudah dapat
nak macam-macam
tapi kalau boleh
nak mendapatkan sesuatu tu
cara mudah
tak nak susah-susah

manusia
sebab tulah kita ni manusia
ciptaan Allah yang sempurna ni tak pernah puas
tak pernah cukup dengan apa yang ada
nak hasil lebih,tapi usaha kurang

subhanallah.

cuba-cubalah sedar.

astaghfirullahhal’azim.

cubalah untuk insaf dan beringat.

alhamdulillah.

ingat-ingatlah untuk bersyukur.

cubalah jangan terlampau asyik dengan apa yang ko dambakan.

ingatlah rezeki itu Allah yang tentukan

aku pasti rezeki itu ada di mana sahaja

asalkan kau berusaha dengan ikhlas dan sentiasa bersyukur

pasti Allah akan tambah rezeki kau.

kau kena tau yang rezeki bukan hanya dalam bentuk duit,makan,pakai..

rezeki ni muncul dalam pelbagai bentuk.

tapi manusia ni..masalahnya selalu lupa..

ei kawan..cukuplah dengan ko punya berkira.

agak-agaklah yang orang jarang berkira dengan kau.

lagi kau berkira,lagi mahal rezeki tu akan diturunkan pada kau.

Ya Allah,aku berlindung di bawah Mu.

11/07/2009

sarang tempua jatuh ke tanah.

sarang burung tempua.adakah ko kenal?

_DSC0085-1

inilah namanya sarang burung tempua.

kisahnya,kan sekarang musim buah,nak habis dah pun.

abah aku sebelum ni duk pegi kutip durian kat kebun dia.

pada masa sama,mak aku pesan bawak balik sarang burung tempua yang jatuh.

mak aku nak letak kat pokok limau nipis untuk elak kera area rumah aku mengacau pokok tu.

ini kisah yang aku tau masa tengah makan nasi lemak sekali dengan abah & abang ipar aku pagi tadi.

sembang-sembang,aku tertarik dengan sarang burung tempua ni,ada lagi dua mak belum pakai.

2 jenis,satu yang panjang siap dengan pangkal, satu lagi putus tinggal badan.

yang panjang tu,abah kata biasanya sarang burung betina.sebab dia nak simpan telur dan anak-anak dia dalam tu.

yang biasanya putus tinggal badan sarang je ialah sarang burung jantan.wallahu’alam kenapa lebih senang putus dibandingkan dengan sarang burung betina.

apa yang kagum,subhanallah..cantik serius sarang tempua ni.

dalam otak aku.aku hanya fikir.macamana burung ni buat sarang,diulit-ulit rumput-rampai tu,diikat-ikatnya rumput ranting tu,sampai siaplah sarang dia.siap ada lubang,tempat bertenggek,tempat simpan telur,pintu sarang..

peh,kagum!subhanallah..

seni tak ingat!hee.

_DSC0079-1

yang warna coklat sarang betina.

yang warna hijau sarang si jantan.

kau tengok hasil anyaman tu.

kalau aku fikir dari sudut arkitek, berapa banyak rumput dia guna, berapa lama dia buat sarang ni, macamana dia ulit,simpul,ikat semua ni sampai sarang jadi kuat dan tak terburai.

ini rumah beb.

seni halus ni.seekor burung yang kecil boleh buat rumah sendiri guna paruh.

_DSC0074-1 ini pangkal sarang burung betina.

gabungan rumput,ranting diikat macam aku duk main masak-masak waktu kecik dulu.

kagumnya, ranting diikat untuk pastikan ia sebagai struktur utama rumah.

tiang serilah.

untuk digantung di pokok.

paling aku kagum, cara dia ikat macam aku ikat ranting ni jugak time kecik.isunya,ia burung, aku manusia.

_DSC0076-1ini hujung sarang betina.

tujuannya,sebagai pintu masuk sarang

untuk jaga telur dan anak-anaknya.

subhanallah..

aku duk tengok lagi hasil anyaman sarang tu.

aku kagum pulak tentang cemana dia boleh ada idea nak buat pintu masuk sarang,hee.elemen tambahan sarang.

baru aku tau ada beza antara sarang burung betina dengan sarag burung jantan.

_DSC0069-1ini la sarang burung jantan tu.

dia takde pintu macam sarang burung betina atas tu.

berlubang je. ada satu jejambat la aku istilahkan.

jejambat tu untuk tempat dia bertenggek tidur kot,hee.

dalam dia,cantik.

walaupun hanya anyaman rumput,nampak kemas dan rata je.

pandai pilih warna rumput pulak tu,hee. warna hijau-hijau ala-ala nak season.

_DSC0088-1 jadi.

aku terfikir.

arkitek ada buat research tentang sarang tempua tak agaknya.

kalau ada,aku la yang tak tau,hee.

stadium utama beijing yang pakai masa olimpik dulu guna konsep sarang burung la tu. nama pun bird’s nest. hee

inila rupa bila sarang burung dah jatuh letak kat pokok limau.

hee.macam-macam pendekatan kan.

itulah semuanya kekuasaan Allah.

subhanallah..

hanya Dia Maha Mengetahui di atas setiap kejadianNya.

cantik kejadian Allah dak? :)

mungkin betul abah kata. aku boleh buat master kaji pasal sarang burung tempua ni je.arsitekturnya indah sekali.

hee.

09/07/2009

ppsmi

ppsmi.

aku pasti semua orang yang ambil berat tentang bahasa malaysia tahu tentang benda ni.

kalau kau tak tahu,tak apa.

aku tergolong dalam orang yang ambil tahu secara senyap.

tapi lepas keputusan ppsmi dimansuhkan itu diumumkan.

hari ini segenap pelosok media bercerita.

suratkhabar,radio,tv,wawancara..segala media lah.

jadi,dari pagi aku mendengar,malam ni aku jadi menyampah.

aku pasti,ada segolongan yang bersetuju ppsmi dimansuhkan.

ada segolongan yang kecewa ppsmi dimansuhkan.

aku tergolong dalam golongan yang bersetuju ppsmi dimansuhkan.

kenapa?

sebab aku suka bahasa malaysia.

aku akui,aku pun kadang-kadang menyalahgunakan bahasa malaysia.

aku rojakkan bahasa malaysia ini dengan bahasa inggeris.

aku juga tahu berbahasa inggeris.

aku juga gunakan bahasa inggeris apabila perlu.

bila bercakap mahupun menulis.

tapi aku tetap tahu cara penggunaan bahasa malaysia yang beradab.

apa yang aku tak faham,apa yang aku menyampah ialah..

bila golongan manusia yang terlalu mengagungkan bahasa inggeris ini mengaku mereka rakyat malaysia.

tak kisahlah,itu penggunaan bahasa harian mereka.

tapi,yang paling aku menyampah ialah bila mereka kata orang malaysia akan jadi kolot dan ketinggalan dalam arus dunia bila ppsmi dimansuhkan.

hmm..apakah ini?

kau dilahirkan sebagai rakyat malaysialah.

kalau tak nak cakap bahasa malaysia,tak perlu gelar diri kau berbangga menjadi rakyat malaysia.

ia bukan masalah kau tak nak bangsa kau ketinggalan.

ia bukan masalah kau risau rakyat malaysia tak dapat bersaing di peringkat dunia.

ia bukan masalah nasional yang kau risaukan.

kau cuma risaukan anak-anak kau yang tak tau nak belajar dan berbicara dalam bahasa malaysia.

maaflah kalau aku salah.

kan aku kata,aku akan bercakap apa sahaja dan aku tak kisah.

itu pandangan aku.

aku juga belajar semua pelajaran dalam bahasa malaysia, kecuali bahasa inggeris dan bahasa perancis.

dari aku tadika sampailah aku habis belajar uiversiti.

itulah bahasa yang aku gunakan.

alhamdulillah,aku capai juga cita-cita aku.

aku tau juga nak berbicara tentang sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

bukan bertujuan untuk riak mahupun takbur.

astaghfirullahhal’azim.

cuma,aku hanya ingin menyatakan pendapat aku.

apa yang penting bukan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris yang menentukan kedudukan anak kau bila dia besar nanti.

kau terfikir tak orang-orang kampung yang rajin belajar,bersusah payah nak memahami subjek bahasa inggeris itu sendiri.

cuba kau letak anak kau di tempat itu.

cuba kau letakkan anak kau yang tidak fasih berbahasa malaysia cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memahami bahasa malaysia.

susah kalau nak bercerita dengan orang yang tidak faham bahasa malaysia ni.

kalau kau nak anak kau pandai sangat berbahasa inggeris dalam semua perkara,

pastikanlah dia kuasai english grammar and vocabulary.itu sahaja.

bagilah dia baca buku-buku bahasa malaysia dan bahasa inggeris.susah apa.

kalau malas membaca,segala jenis bahasa pun anak kau takkan pandai kuasai.

bila saja anak kau dapat kuasai bahasa inggeris,segala subjek,segala perkara,apa-apa yang anak kau belajar sekalipun boleh diterjemahkan dalam bahasa inggeris tanpa terkulat-kulat.

orang jepun cakap jepun,tak cakap inggeris.

orang perancis cakap perancis,tak nak cakap inggeris.

orang jerman cakap jerman, tak cakap inggeris.

dan mereka adalah antara negara dan bangsa termaju dalam dunia kalau nak dibandingkan dengan segelintir rakyat malaysia yang terkulat-kulat mengagungkan bahasa inggeris ni.

aku masih rasa susah nak menerangkan pada orang yang tak suka cakap bahasa malaysia ni.

kau tau apa yang kau kena risaukan?

bukan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris yang kau perlu risaukan.

kalau kau islam.

adalah lebih baik kau fikirkan ilmu agama yang perlu anak kau bawa dan pegang sehingga Allah ambil nyawanya nanti.

itu yang penting.

tak perlu menangis bagai nak gila kononnya risaukan bangsa melayu ketinggalan hanya dengan tidak menggunakan bahasa inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik.

itu poyo namanya kalau kau tak tau bahasa malaysia.

banyak dah orang malaysia yang berjaya hanya dengan menggunakan bahasa malaysia sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

to the so called ‘urbanites’.

which most of you are the ones who are against the decision of using bahasa malaysia for science and mathematics subjects at school.

stop being such claustrophobic against using bahasa malaysia for those subjects.

ia sungguh menjengkelkan.

sekali lagi aku beritahu.

ini pandangan aku secara peribadi.

kalau kau tak suka.kalau kau menyampah.kalau kau tak setuju.

terpulang.ikut suka kau.

aku tak kisah.sebab dunia ini punyai ruang yang luas untuk berbicara tentang apa saja.

wallahu’alam.


08/07/2009

hargai wajah-wajah tua ini.

sejak kebelakangan ni.
aku membaca di sana sini.
aku teringat itu dan ini.
aku sedar banyak yang aku terlupa.
dan banyak yang aku hilang.

wajah-wajah tua yang ada dalam kehidupan aku.

kehidupan di sini bersama mak dan abah,satu kehidupan yang amat indah.
mak dan abah berkorban masa dan wang demi anak dan cucu-cucu kesayangan.
bila saja anak-anak perlukan mereka,mereka sentiasa ada.
walaupun mereka sendiri tidak kecukupan kaki dan tangan.
tidak kecukupan masa.
tidak kecukupan ruang.
namun mereka tidak pernah tiada bila kami perlu mereka.

pulang ke kampung semenjak kebelakangan ni,
buatkan aku sedar betapa umur yang Allah bagi ni amat berharga.

pulang ke kampung qiyam di sg petani.
ibu dan ayah juga berkorban demi kebahagiaan anak-anak dan cucu sulung mereka.
bilik diberikan kepada anak-anak,bilik anak-anak diberikan kepada kami dan cucu.
mereka tidur di luar.
aku serba salah.
tapi aku faham.itu kehendak mereka.
disebabkan cuaca panas.disebabkan sayang pada damia.
mereka berkorban demi keselesaan dan kebahagiaan.

pulang ke kampung lagi.
kampung arwah tok wan qiyam.
ya,tok wan dah tinggalkan dunia.
tok wan yang juga nyang kepada damia.
syukurlah kami sempat berjumpa arwah 2 minggu sebelum sepeninggalannya.
aku pasti qiyam dan keluarga mertuaku merinduinya.

pulang ke kampung lagi.
kali ni pulang ke kampung mak di arau.
aku cukup bahagia walaupun kepulangan aku hanya sekejap.
cukup untuk menatap wajah-wajah tua yang menyayangi kami sejak kecil.
menatap wajah-wajah tua yang sentiasa menanti kepulangan kami dari seremban.
mak chaq,chik,nda yah,ami,mak ndek..arwah tah..itu semua adik-beradik mak.
mereka menanti dan gembira dengan kepulangan kami membawa damia bersama.
chik bercerita tentang kenakalan kami di masa kecil.
chiklah yang membela kami di usia kecil kami ketika mak bekerja.
mereka sentiasa ada.bertanyakan kami anak-anak.
buatkan kami sentiasa rindu dengan kehadiran mereka.

kini aku sendiri menjadi ibu.
teringatkan pengorbanan mereka.
aku teringat,aku sudah menjadi ibu kepada si kecil damia.
aku tau aku juga mula berasa bimbang tentang masa depan anakku.
aku kagum dengan wajah-wajah tua ini yang telah lama mengharungi kehidupan.
dengan hati cekal dan ingatan kepada Allah.
dengan pelbagai pengorbanan buat anak-anak dan cucu kesayangan.

sedarkah kita.
betapa ruginya kita.
kalau kita tidak ingat akan mereka.
waja-wajah tua inilah yang memberikan pelbagai inspirasi.
mereka gula tika suka.mereka ubat tika duka.
untuk aku.untuk kamu.untuk dia.untuk semua.

untuk kita semua.
hanya dikit yang perlu kita lakukan.
berkorbanlah untuk wajah-wajah tua ini.
peluklah mereka.
jika tidak terpeluk.
kucupilah mereka.
jika tidak terkucup.
belailah mereka.
jika tidak terbelai.
ucapkanlah sayang pada mereka.
jika tidak terucap.
sahutlah panggilan mereka.
jika tidak tersahut.
cuitlah mereka dengan sayang.
jika tidak juga tercuit.
ucapkanlah terima kasih.
jika tidak terucap juga.
sekurang-kurangnya doakanlah mereka.
kerana doa sentiasa mengiringi mereka.
samada ketika hidup mahupun mati.

Ya Allah.
sesungguhnya.
aku mohon keampunan dariMu.
aku banyak berdosa pada mereka.
aku banyak berdosa padaMu.

semoga mereka sentiasa terpelihara di bawah perlindunganMu.

AMIN.

07/07/2009

tikuskeringmatipenyek

kaslausrasjinssislaslahsbascasdansfashamskanstuslisasnskuskalisnissamspaishasbis.

askusbossansgislasbasbasnyeshasrisnis.

saskitspesrutssengsgusgutslahs.

kesjasosrangslasinspunsaskusjusgaksyangskesneslahs.

mosdaysblueslahs.

bisassaslahskan. asdoislahs.

basrusbasliksdasriscustismesmangsmascamsnislahskans.

maksaskuscustis.

hasrisnisbirthsdaysasdiksaskuspunsaskusluspas.

nassibsbasikssusasmisaskusisngatskans.

jasdismaslamsnisaskusnaksbeslansjaskesluarsgasaskusmaskansmslamskats

secsretsrescispes.

resleasestenssions.

resleaseskesbossanans.

dahslastadispesgissiteskatspassarsbessarsdisosrangsbusatscleasringsasdastiskus

mastiskesringspesnyekstakstausbesraspestahunsdahs.

kisrashasrisnisasdaslahshasrisyangsbossans.

taspisaskustasuskesnaspas.moodsswings.

pesrisodskans.asdois.

cespatslahspuskulslismas.

askusnaksbasliksambiksdasmiaskatstaskas.

rinsduskatsdamias.

lasgispunshasrisnismesmangs hasrisyangsmeslamspausbossansdansbossans.

hashas.

tahsnisahssesbabsbersjasyasmemsbascassamspaishasbisenstrisnis.

bais.

04/07/2009

aku tak sukalah.

ok.perhatian.

kepada sesiapa yang suka mengusik aku berkenaan urusan keluarga aku.
kalau aku rasa benda tu tak lawak,jadi tolongla stop ngusik aku.
tak lawak pun,aku tak gelak pun.aku senyum je.
benda macam tu betul-betul buat aku sakit ati dan rasa nak mencarut.
tapi aku tak mencarut lah sebab aku ingat Tuhan.

tapi
suka hati akulah apa aku buat dengan keluarga aku.
aku tak usik sikit pun hal keluarga korang.
aku tak masuk campur pun urusan keluarga korang.
aku ada sebab di sebalik setiap apa yang aku buat.
jadi takyah campur urusan keluarga aku lebih-lebih.
bukan takleh gurau,tapi agak-agakla.tak kena tempat.
melainkan korang begurau ke menasihat untuk kebaikan
ke arah kebaikan di akhirat ke.
tu aku terima.

tapi kalau nak mengusik bab yang aku rasa dah ok,dah bagus untuk keluarga aku.
tak payah duk usik.
lagi-lagi kalau ko buat secara sinis tentang benda yang baik.
pastu lagi mau ulang-ulang.
huh.
bengang la.menyampah aku.
ko tau tak.aku tau ko tak tau.
jadi.
berenti la buat aku sakit hati.
aku tak suka tunjuk aku sakit hati.
aku boleh sabar.
alhamdulillah.

jadi.
tolonglah.
stop being sarcastic for any good matters.
stop it.
because it’s really annoying.

aku kasik penampar karang.huh.

*astaghfirullahhal’azim*

moral : istighfar setiap kali berasa marah.sabar.

03/07/2009

hari ni lain sikit

hari ni aku rasa macam pelik sikit.

hari ni aku nak balik kampung mak aku kat arau.
bersama qiyam,damia,mak,abah,adik.
satu kereta.

hari ni aku kene kasi setel paperwork aku yang tertangguh seminggu.
supaya aku tak terganggu dah dengan kerja tertangguh ni minggu depan.
satu kerja.

hari ni aku telefon member aku yang baru bersalin.
dapat anak lelaki.alhamdulillah.
satu kurniaan Allah.

hari ni qiyam ada interview kerja kat das azman architect.
job?sebagai ra projek double track seremban-gemas.
satu peluang baru.

hari ni aku menunggu website ofis yang katanya buat semalam.
tunggu bila nak publish on net.
satu email baru untuk diri sendiri.

hari ni aku dapat tau rupanya ada report kad prestasi untuk anak kecik aku tu.
umur 5 bulan duk kat taska pun ada kad prestasi ek,hee.
satu makluman yang agak biasa rupanya di zaman ini.

hari ni sebenarnya aku macam malas-malas sikit.
almaklum dah hari jumaat,esok cuti.haha.
satu perasaan biasa di hari jumaat.

hari ni aku rasa macam banyak befikir pulak.
tentang damia,tentang cemana nak mula bisnes,tentang nak photoshoot,tentang kerja,tentang suami,macam-macam.
satu latihan mengaktifkan otak.

hari ni aku rasa id office aku ni teruk dan perlu ubahsuai.
bukan sikit,tapi kena ubahsuai banyak maa.
satu idea yang belum tentu diterimapakai.

hari ni aku teringin nak buat layout design untuk rumah aku yang belum siap tu.
nak buatlah,huu,macam-macam nak buat kalau boleh,kasi layann.
satu keinginan dan akan dilaksanakan.

hari ni aku rasa aku dah makin ‘berat’.
huu,makan banyak,asyik lapar,lepas bersalin ni,adoi.
satu peringatan untuk diri sendiri.

hari ni aku update blog aku setelah sekian lama jugak.
lepas ni tak tau lagi bila pulak.
satu persoalan.

hari ni akan jadi sejarah bila tiba hari esok.
moral,hargai hari ini sebelum tiba hari esok.
satu hari boleh menentukan sepuluh tahun.

*lapar balik*

21/06/2009

ei ape daa lupaa

_DSC4631ini anak aku yang namanya nur damia bt muhammad qiyam

berumur 5 bulan 4 hari,dia pandai meniarap sendiri pada hari bapa iaitu 20 jun 2009

aku gembiralah,dah tentula kan..mana-mana ibu pun konfem akan gembira.

(kalau nak tengok lagi,klik sini)

almaklum sudah,untuk aku update blog ni dengan kadar yang kerap,mungkin susah sikit buat masa ni sebab komitmen hidup aku buat masa ni amat banyak memerlukan masa dan amat sukar untuk aku cari masa lapang nak on kan laptop,on internet, login wordpress, cari kata-kata nak tulis dalam blog ni dan publish entri yang akan ambik masa at least setengah jam kalau aku terer.haha.

jadi aku hanya akan bercerita apa yang aku boleh fikir on the spot buat masa ni.haa.

anak aku tengah tidur kat sebelah.suami aku gi keluar duit kat bank jap.aku belum mandi.

haha.sekarang dah 8.45 pm.adoi.

ni je masa yang aku ada untuk aku tulis blog ni,atau aku taktau bila pulak akan aku update blog ni.

*blank*

sebnarnya semalam aku ada terfikir apa yang aku nak tulis.

tapi aku dah lupa.

petang tadi aku tengok cerita american gangsters.

cerita banyak cakap tapi aku berjaya layan sampai habis.unrated version ok.haaaa..

sekarang suami aku ada kat sebelah dah balik dan tengah tengok aku menaip blog ni.

jadi lagi aku blank nak tulis apa.

kejap lagi aku nak kene siapkan makan malam.lepas tu nak gosok baju.lepas tu maybe biasanya damia bangun untuk menyusu sebelum tidur semula.hee.

sebenarnya,aku masih tengah nak ingatkan apa yang aku nak tulis sebenarnya.

*adoi*

*tensi*

apa sebenarnya yang aku nak tulis semalam?

*argh*

lupakan saja sampai aku ingat semula.

ini semua coretan spontan yang berjalan dalam otak akubuat masa ni.

mungkin semalam aku teringat nak tulis tentang politik semasa.haha.serius.tak percaya?hee.

seriously,aku ada masalah short term memory lost.*adoi*

oo.sebenarnya.hari ni aku dah plan nak keluar gi jenjalan abiskan masa.nak kuar duit.nak gi anta gambar damia untuk print dan masukkan dalam album aku yang masih kosong semenjak anak aku lahir 5 bulan lepas.

tapi memandangkan aku layan cerita american gangsters tu dah sampai pukul enam,tak keluarlah.

american gangsters -cerita based on cerita sebenar tentang frank lucas yang edar dadah,kena tangkap,pastu bebas.juga tentang richie,si polis yang tangkap dia untuk dapatkan penyangak2 lain.haa.best-best.sila search dalam wikipedia kalau nak tau frank lucas tu real ke tak sebab aku pun belum buat kajian aku lagi.

sebab tak jadi keluar,dah nak maghrib.

jadi,soalan aku adalah.

SESIAPA TAU DI MANA KEDAI PHOTO PRINTING YANG CANTIK DAN HARGA BERPATUTAN DI SEREMBAN NI?

tolongla aku sebab aku taktau mana tempat yang kualiti gambarnya cantik

sebab selama ni ambik gambar duk biar dalam laptop.haha.tulah masalah guna kamera digital ni.hehe.

terima kasih.

hee.

MORAL :

sila cetak gambar-gambar yang anda ambil sejurus selepas gambar diambil sebelum gambar-gambar tu dilupakan untuk dijadikan memori tampak.

NOTAKAKI:

(kredit to suamiku,qiyam yang ambik gambar damia kat atas.kalau ada sesiapa yang nak buat family portrait ke kids portraiture ke,sila lah hubungi kami orite :)

16/06/2009

lama siot!

hmm..untuk pembaca yang setia.

maaflah

lama gila tak update nih.

ni pun bila tersempat di kala yang sepatutnya tak sempat.

adalah sekali updata 3 entri,haha.buleh camtu?

tapi aku try as kerap yang boleh untuk updatelah ok.

konon-konon sibuk dengan tugasan pejabat & sebagai ibulah kot.

lagikpun kat office dah takde net ok. (haah?)

haha.but i am seriously busy when at home.

haha.tolonglah percaya ok. :P

terima kasih sebab still membaca,okeh :)

and keep on reading!!

photography,pss..i’m back in slow condition,haha.

tengok sue anna joe kat tv!huh..jeles!

kena aktif semula dalam fotografi!!

alamak.kene gi hasilkan bekalan susu damia.

bye! :P